Hormati hak kanak-kanak untuk miliki nama, identiti
dan keluarga — Sisters in Islam
Published: 4 November 2011 7:01 PM
4 NOV — Sisters in Islam (SIS) mengalu-alukan cadangan Kerajaan
Terengganu untuk membenarkan anak-anak yang dilahirkan kurang daripada enam
bulan selepas perkahwinan ibu bapa mengikut nama bapa mereka selaras dengan
Seksyen 13 dan 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957.
Amalan mendaftarkan nama
anak-anak beragama Islam sebagai “binti/bin Abdullah” apabila mereka dilahirkan
dalam tempoh enam bulan dari tarikh perkahwinan ibu bapa mereka membawa
implikasi serius dan tidak adil terhadap kesejahteraan emosi dan masa depan
anak-anak terbabit. Anak-anak beragama Islam itu menjadi mangsa dan dilabel
sebagai “anak haram” kerana apa yang dianggap sebagai dosa ibu bapa mereka yang
telah menghasilkan mereka sebelum bernikah. Bapa kandung anak itu dinafikan kewajipan
untuk melaksanakan segala tanggungjawabnya sebagai bapa, dan tidak dapat
memberikan apa-apa hak yang layak diterima oleh anak itu. Keputusan Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) dikatakan berasal daripada satu fatwa yang menyatakan
bahawa seseorang wanita yang hamil boleh berkahwin dengan bapa kepada anak yang
dikandungnya, tetapi “lelaki itu tidak diiktiraf sebagai bapa kepada anak dalam
kandungan itu, dan anak itu tidak boleh mewarisi hartanya, tidak boleh menjadi
mahram lelaki itu, dan lelaki tersebut tidak boleh menjadi penjaga anak itu.”
Menurut al-Quran, tiada seseorang
pun menanggung beban atau dosa orang lain, atau meletakkan beban atau dosanya
kepada orang lain (Surah Fatir 35:18). Ayat ini seharusnya membimbing
kita supaya bersifat penyayang dan berperikemanusiaan supaya membolehkan kita
memenuhi tanggungjawab untuk sentiasa memelihara kepentingan anak itu.
Sebaliknya, keputusan JPN ini menjadikan anak-anak yang tidak berdosa itu
sebagai mangsa, memaksa mereka menanggung beban atas keterlajuran ibu bapa
mereka.
Perbuatan
melabel seseorang anak sebagai “anak haram” atau “anak tak sah taraf” dan
menafikan hak dan kelayakan mereka sebagai ahli keluarga tidak boleh
dijustifikasikan langsung. Sejak bertahun-tahun, SIS telah menerima banyak
aduan berhubung masalah hak anak-anak yang dilahirkan di luar nikah, anak-anak
yang dihasilkan di luar nikah tetapi lahir selepas ibu bapa mereka bernikah,
dan anak-anak angkat, bukan sahaja semasa pendaftaran, malahan ketika mereka
memohon kad pengenalan, mendaftar untuk bersekolah, berkahwin dan ketika ibu
bapa mereka meninggal dunia.
Setiap undang-undang, dasar dan
keputusan yang digubal berkaitan anak-anak, hendaklah sentiasa memelihara
kepentingan kanak-kanak. Prinsip ini terkandung dalam ajaran Islam, hak asasi
manusia sejagat dan proses menggubal undang-undang Malaysia.
Sebagai contoh, al-Quran
mengiktiraf ibu atau bapa tiri sebagai mahram anak-anak tiri mereka (Surah
An-Nisa 4:22-23), apatah lagi bapa kandung anak itu sendiri. Dengan
berpegang pada prinsip memelihara kepentingan kanak-kanak, para fuqaha Islam
membenarkan ibu yang membesarkan anak itu mengekalkan hak jagaan anak tersebut
walaupun selepas usia anak itu melebihi umur hak jagaan yang harus dipindahkan
kepada bapanya. Undang-undang Keluarga Islam Malaysia dipinda pada 1994 untuk
mencerminkan peruntukan ini.
Surah al-Ahzab 33:5 dalam
al-Quran juga menyatakan yang bermaksud, “Panggillah mereka mengikut (nama)
bapa mereka: ini lebih adil di sisi Allah.” Walaupun ayat ini dianggap merujuk
kepada anak-anak angkat, tidakkah prinsip ayat ini boleh diperluaskan lagi
untuk mengiktiraf bapa kandung anak-anak yang dihasil atau dilahirkan di luar
nikah?
Pendapat dominan dalam fiqah
berhubung dengan nasab membenarkan seseorang lelaki mengakui nasab anak yang
diragui kelahirannya melalui prosedur iqrar (iaitu dia mengaku anak itu adalah
anak kandungnya).
Sebilangan para fuqaha amat
prihatin tentang perlunya anak itu dilindungi daripada stigma anak haram.
Mereka sanggup menetapkan tempoh kehamilan sehingga tujuh tahun mengikut mazhab
Maliki dan empat tahun mengikut mazhab Shafie.
Justeru, Seksyen 111
Undang-undang Keluarga Islam Malaysia mengiktiraf nasab anak itu pada seseorang
lelaki walaupun anak tersebut dilahirkan lebih daripada empat tahun selepas
kematian lelaki itu atau selepas perceraian, sekiranya “lelaki tersebut atau
warisnya mengakui bahawa anak itu adalah tanggungjawabnya.”
Memandangkan banyak masalah
sosial yang membabitkan masyarakat Islam, fatwa 1971, yang hanya dikuatkuasakan
baru-baru ini oleh JPN, akan mengakibatkan lebih banyak kemudaratan emosi dan
sosial kepada kanak-kanak. Ia juga akan menjejaskan status mereka dalam
keluarga dan masyarakat.
Amalan diskriminasi terhadap
anak-anak beragama Islam melanggar hak kanak-kanak untuk memiliki nama, identiti
dan keluarga, sekaligus melanggar Artikel 8 Konvensyen Hak Kanak-kanak yang
diratifikasikan oleh Malaysia pada 1995.
SIS memandang berat peraturan dan
ketetapan berdiskriminasi dan tidak adil yang berterusan berkaitan status
peribadi umat Islam di negara ini. Pada suatu ketika dulu pasangan ibu bapa
boleh terus pergi ke balai polis atau pejabat JPN untuk mendaftarkan kelahiran
anak mereka. Pengakuan pasangan itu bahawa anak itu adalah anak mereka dan
butir-butir maklumat dalam kad pengenalan mereka sudah memadai untuk
mengeluarkan sijil beranak yang lengkap dengan butiran maklumat tentang ibu
bapa anak itu. Mereka tidak perlu menunjukkan sijil nikah mereka. Tetapi
sekarang rakyat beragama Islam perlu menunjukkan sijil nikah sebagai prasyarat
untuk meletakkan nama bapa pada sijil beranak.
Di bawah peruntukan asal
Undang-undang Keluarga Islam 1984, bapa kandung anak-anak yang lahir di luar
nikah boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar saraan anak-anak itu. Namun,
hal ini tidak berlaku lagi sekarang. Pindaan-pindaan susulan kemudiannya
menjadikan para ibu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak-anak mereka.
Kami menggesa Kerajaan
Persekutuan mengambil langkah segera supaya menerima pakai cadangan Kerajaan
Negeri Terengganu bagi membolehkan JPN mengiktiraf lelaki yang mengakui dirinya
sebagai bapa bersama dengan si ibu, didaftarkan sebagai bapa kepada anak
tersebut, dan anak itu dibin atau dibintikan namanya. Ini selaras dengan
Seksyen 13 dan 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian.
Di samping itu, SIS berpendapat
bahawa tiada sebarang tanda patut diletakkan pada sijil beranak atau kad
pengenalan yang menunjukkan anak itu dihasil atau dilahirkan di luar nikah,
demi mengelakkan stigma pada anak itu.
* This is the personal opinion of the writer. The Malaysian Insider does
not endorse the view unless specified.
http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/hormati-hak-kanak-kanak-untuk-miliki-nama-identiti-dan-keluarga-sisters-in-islam#sthash.sXUu64PY.dpuf
semua manusia di dunia ini wajib diberikan nama, dari ianya lahir sehinggalah ianya kembali kepada penciptanya..oleh itu, wajib bagi pada ibubapa memberi nama yang baik kepada anak-anak mereka, itulah tanggungjawab ibubapa kepada nak mereka..walaupun anak itu di bawah seksyen 13 iaitu anak yang tidak sah taraf.
walaubagaimanapun, apa pendapat anda mengenai anak seksyen 13 tersebut?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
ReplyDeletea. Anak Tak Sah Taraf ialah:
1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).
b. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.
Pendapat saya la,kite kembali kepada hukum yang Allah. Islam ni luas dan mudah tetapi jangan terlalu memudahkan segala urusan.Ahli Sunnah Wal Jamaah berlandaskan kepada 4 perkara : Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias.
DeleteKita juga ada 4 Mazhab. So,what the point is....ikut je landas2 yang dibenarkan seperti di atas.xleh cakap ikut sedap mulut je.
Aslkm....saya setuju dengan pendapat Sdra Abdul Razak. Apa perkara yang timbul semestinya rujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta pendapat para Ulama'
ReplyDeleteIanya berkaitan dgn keturunan.. Ye btul.. Perlu berpandukan kpd Alquran dan assunnah dlm stiap aspek..
ReplyDeleteKak eja, kene belanja makan dlu~
ReplyDeleteterima kasih pada us mohd noor lee, ummu syafiqah dan us Muhammad ali.. memang betul..kita sebagai orang Islam mestilah merujuk dan berpandukan kepada al-Quran dan As-Sunnah..sebab ianya sentiasa muktabar dan tidak lapuk di telan zaman..
ReplyDeleteuntuk makluman pada semua orang Islam yang masih ada keraguan berkenaan anak tak sah taraf(seksyen 13) WAJIB menjadikan rujukan Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri..jangan membuat hokum sendiri dan jangan mengikut emosional..
ReplyDeleteus Muhammad ali..ahahahaha..macam ada jawapan yang power jek..sila share..untuk manfaat pada semua umat Islam..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKekadang ada pihak-pihak NGO ni yang mengeluarkan pandangan mengikut logik akal tanpa melihat hikmah disebalik tegahan oleh Islam dalam satu-satu perkara
ReplyDeleteSetiap orang berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. namun sebagai umat Islam, maka setiap tindakan hendaklah berlandaskan panduan al-Quran dan Sunnah serta ijma' Ulamak..
ReplyDeleteASMA FATIMAH BINTI FAJAR (GB02370)
ReplyDeleteAnak adalah anugerah Allah kepada kita, maka peliharalah dia, dan tunaikanlah hak-haknya supaya kelak dia membesar menjadi Insan yang cintakan agama
Pada pendpat sya isu sperti di atas tidak boleh dibuat penilaian mengikut neraca hak asasi sahaja kerna ia mempengaruhi nasab keturunan yang bersangkut paut dengan hukum syarie umat Islam..kalau kita tengok dari segi maqasid syariah mmng dinytakan berkaitan islam memelihara akal nyawa keturunan dan lain lain lagi..tapi yang paling utama dlm maqasid tersebut adalah menjaga agama yang terpenting..kalau satu perkara itu dapat memelihara nyawa keturunan dan sebagainya tetapi merosakkan islam itu sendiri..perlu la kita memilih kondisi menjaga islam yang utama..walaubagaimanapun kita perlu menerima keputusn kerjaan terengganu dlam hal ini..wallahu a'lam..
ReplyDeleteMohd Nazrull bin Ahmad
GB 02376